
Waktu Solat Malaysia Ahad, 02 Ogos 2026 | 18 Safar 1448H | Zon: Selangor - Imsak: 05:51 | Subuh: 06:01 | Syuruk: 07:11 | Zohor: 13:22 | Asar: 16:43 | Maghrib: 19:30 | Isyak: 20:42

Bertanggungjawab mengurus hal ehwal pentadbiran, perkhidmatan dan perjawatan kakitangan Bahagian Pengurusan Halal JAIS bagi memastikan pengurusan sumber manusia dilaksanakan secara teratur, cekap dan sistematik.
Selain itu, seksyen ini turut mengurus penyediaan fasiliti kakitangan, kemudahan peralatan serta keperluan sokongan operasi kepada semua unit dalam memastikan kelancaran pelaksanaan perkhidmatan pengurusan pensijilan halal.
Bertanggungjawab mengurus Perakuan Penyembelih dan Perakuan Penyembelih (Korban) yang dilaksanakan secara berkala bagi memastikan aktiviti penyembelihan di Negeri Selangor mematuhi hukum syarak serta ketetapan semasa yang berkuat kuasa. Seksyen ini juga bertanggungjawab dalam mengurus Perakuan Jurusertu dan lantikan Syarikat Perkhidmatan Sertu Dibenarkan bagi memastikan prose sertu dilaksanakan mengikut hukum syarak.
Seksyen ini turut berperanan dalam memperkukuhkan pengurusan halal melalui pengurussetiaan mesyuarat jawatankuasa halal, membangunkan garis panduan dan tatacara pelaksanaan mengikut prosedur yang ditetapkan sebagai rujukan dan panduan bagi memperkukuhkan pematuhan dan kefahaman terhadap pengurusan halal.
Selain itu, seksyen ini juga bertanggungjawab dalam melaksanakan program pembangunan halal, seminar kesedaran halal dan kempen-kempen bagi mempromosi kepentingan halal kepada pelajar-pelajar dan masyarakat awam.
Bertanggungjawab melaksanakan proses pengesahan terimaan dokumen sokongan dan audit kecukupan dokumen bagi pemohonan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM). Audit kecukupan dokumen dilaksanakan dengan memastikan semua dokumen permohonan SPHM mematuhi keperluan Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (MPPHM), Sistem Pengurusan Halal Malaysia (MHMS), Standard Halal Malaysia serta garis panduan dan peraturan yang berkuat kuasa dengan teliti, sistematik dan berintegriti. Audit kecukupan juga merangkumi semakan teknikal terhadap ramuan dan bahan bantu pemprosesan bagi memastikan sumber dan status halal ramuan bebas daripada unsur syubhah atau haram.
Selain itu, seksyen ini bertanggungjawab memberikan khidmat nasihat dan penerangan kepada pemohon berkaitan keperluan dokumentasi dan prosedur pensijilan halal Malaysia untuk membimbing pemohon mendapatkan SPHM.
Bertanggungjawab melaksanakan audit pematuhan di lapangan melalui lawatan ke premis, kilang serta lokasi berkaitan bagi tujuan pengesahan maklumat permohonan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM). Seksyen ini memastikan segala maklumat dan dokumen yang dikemukakan semasa peringkat audit kecukupan adalah sama dengan pelaksanaan operasi dan pengendalian sebenar di premis bagi memastikan keperluan standard pensijilan halal dipatuhi.
Selain itu, seksyen ini turut bertanggungjawab mengurussetiakan mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia dan mengeluarkan SPHM melalui eCERT bagi permohonan yang telah diluluskan oleh panel.
Bertanggungjawab menguruskan urusan berkaitan pasca pensijilan halal, termasuk pengemaskinian maklumat dalam sistem MYeHALAL. Skop pengurusan ini meliputi pengemaskinian maklumat pengeluar atau pembekal bahan mentah, maklumat syarikat atau premis, penambahan jenama, penambahan pemilik jenama, pencetakan semula Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) serta lain-lain urusan berkaitan pensijilan halal.
Selain itu, seksyen ini melaksanakan fungsi pembangunan kapasiti kepada pemegang SPHM sedia ada melalui pelaksanaan program bimbingan, latihan dan pemantapan kompetensi halal. Seksyen ini juga berperanan dalam memperkukuh jalinan kerjasama strategik antara Bahagian Pengurusan Halal JAIS dengan penggiat industri serta agensi-agensi pembimbing usahawan bagi menyokong pembangunan serta pemerkasaan industri halal di Negeri Selangor.
Bertanggungjawab melaksanakan aktiviti pemantauan di lapangan melalui lawatan ke premis, kilang dan lokasi berkaitan secara berkala dan berdasarkan aduan. Pemantauan ini dijalankan selepas kelulusan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) bagi memastikan pematuhan berterusan terhadap standard dan keperluan pensijilan halal yang telah ditetapkan bagi mengekalkan integriti status halal yang telah diperakui.
Bertanggungjawab mengurus dan menyelaras semua aduan berkaitan isu halal yang diterima, termasuk melaksanakan tindakan susulan yang sewajarnya berdasarkan prosedur yang ditetapkan.
Selain itu, seksyen ini turut menjalankan operasi penguatkuasaan secara mengejut ke atas premis-premis yang berada dalam senarai pemantauan bagi memastikan pematuhan berterusan terhadap keperluan pensijilan halal serta menjaga integriti sistem halal di negeri ini.

Selamat Datang ke Chatbot Halal Selangor JAIS