Selasa, 02 Jun 2026 | 16 Zulhijjah 1447H

Waktu Solat Malaysia Zon: Selangor - Imsak: 05:39 | Subuh: 05:49 | Syuruk: 07:01 | Zohor: 13:14 | Asar: 16:39 | Maghrib: 19:23 | Isyak: 20:38

Selasa, 02 Jun 2026 | 16 Zulhijjah 1447H

MAJLIS KONVOKESYEN TVET BIDANG HALAL

PUTRAJAYA, 18 Nov — Seramai 27 orang Pegawai Pengurusan Halal dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) merupakan di antara 130 graduan yang menerima penganugerahan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dan Tahap 3 dalam satu majlis konvokesyen yang berlangsung di Hotel Everly Putrajaya hari ini.Majlis konvokesyen TVET bidang halal yang julung kalinya di adakan tersebut dianjurkan oleh Halal Development Corporation (HDC) dengan kerjasama Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) bagi meraikan para graduan yang telah menunjukkan pencapaian cemerlang dalam bidang pengurusan halal.

Penganugerahan ini turut bertujuan mengiktiraf tahap kompetensi serta kemahiran teknikal para pegawai dalam memastikan standard halal negara terus terpelihara dan berada pada tahap yang tinggi. Majlis turut dihadiri wakil agensi kerajaan, pihak industri, wakil universiti dan institusi pendidikan serta institusi latihan kemahiran yang berkaitan bagi memberi sokongan serta meraikan kecemerlangan para graduan.

Suasana konvokesyen diserikan dengan sesi penyampaian sijil graduasi kepada semua penerima SKM yang berjaya menamatkan latihan kompetensi masing-masing dengan jayanya.Majlis berakhir dengan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat serta ucapan tahniah kepada para graduan atas komitmen dan usaha gigih mereka dalam meningkatkan kompetensi masing-masing. Penganugerahan ini sekali lagi menegaskan peranan penting Pegawai Pengurusan Halal dalam memperkukuh integriti dan pembangunan industri halal negara, selaras dengan aspirasi Malaysia sebagai peneraju global dalam ekosistem halal.

Hubungi Kami

Bahagian Pengurusan Halal,
Tingkat 5, Menara Utara,
Jabatan Agama Islam Selangor
Bangunan Sultan Idris Shah,
No 2 Persiaran Masjid,
40676 Shah Alam Selangor


Tel: 03 - 5514 3696 / 3725
Faks: 03 - 5519 6351
Email: halal@jais.gov.my

Logo Meneraju
  • Pengunjung Hari Ini = 0
  • Jumlah Pengunjung = 130

2025 Hakcipta Terpelihara - Bahagian Pengurusan Halal JAIS