Selasa, 02 Jun 2026 | 16 Zulhijjah 1447H

Waktu Solat Malaysia Zon: Selangor - Imsak: 05:39 | Subuh: 05:49 | Syuruk: 07:01 | Zohor: 13:14 | Asar: 16:39 | Maghrib: 19:23 | Isyak: 20:38

Selasa, 02 Jun 2026 | 16 Zulhijjah 1447H

π—•π—˜π—‘π—šπ—žπ—˜π—Ÿ π—Ÿπ—”π—§π—œπ—›π—”π—‘ π—£π—˜π—‘π—šπ—˜π—‘π——π—”π—Ÿπ—œπ—”π—‘ 𝗣𝗒π—₯π—§π—”π—Ÿ π—›π—”π—Ÿπ—”π—Ÿ π—‘π—˜π—šπ—˜π—₯π—œ π—¦π—˜π—Ÿπ—”π—‘π—šπ—’π—₯

TANJUNG KARANG, 12 – 14 Januari 2026 – Bahagian Pengurusan Halal (BPH) JAIS telah mengadakan Bengkel Latihan Pengendalian Portal Halal Negeri Selangor selama 3 hari 2 malam bertempat Institut Pengurusan Peladang, Tanjung Karang.

Bagi memperkasakan lagi promosi serta mengoptimumkan penyebaran info dan maklumat berkaitan pengurusan halal di Negeri Selangor, BPH JAIS telah mewujudkan satu laman web bernama β€œPortal Halal Selangor” yang akan dijadikan laman web rasmi di bawah kendalian BPH JAIS. Melalui laman web ini, BPH JAIS dapat membuat perkongsian berkenaan program- program halal yang telah ataupun yang akan dijalankan serta info – info penting berkaitan halal.

Justeru itu, bengkel ini diadakan bertujuan untuk memastikan pengurusan Portal Halal Selangor dapat dilaksanakan secara sistematik dan berpusat. Dengan adanya latihan formal, penyelarasan kerja dapat diwujudkan melalui amalan standard operasi yang seragam, sekali gus memastikan portal sentiasa berfungsi dengan teratur dan memenuhi keperluan penyampaian maklumat halal di Negeri Selangor secara berterusan.

Hubungi Kami

Bahagian Pengurusan Halal,
Tingkat 5, Menara Utara,
Jabatan Agama Islam Selangor
Bangunan Sultan Idris Shah,
No 2 Persiaran Masjid,
40676 Shah Alam Selangor


Tel: 03 - 5514 3696 / 3725
Faks: 03 - 5519 6351
Email: halal@jais.gov.my

Logo Meneraju
  • Pengunjung Hari Ini = 0
  • Jumlah Pengunjung = 130

2025 Hakcipta Terpelihara - Bahagian Pengurusan Halal JAIS