
Waktu Solat Malaysia Zon: Selangor - Imsak: 05:39 | Subuh: 05:49 | Syuruk: 07:01 | Zohor: 13:14 | Asar: 16:39 | Maghrib: 19:23 | Isyak: 20:38




TANJUNG KARANG, 12 – 14 Januari 2026 β Bahagian Pengurusan Halal (BPH) JAIS telah mengadakan Bengkel Latihan Pengendalian Portal Halal Negeri Selangor selama 3 hari 2 malam bertempat Institut Pengurusan Peladang, Tanjung Karang.
Bagi memperkasakan lagi promosi serta mengoptimumkan penyebaran info dan maklumat berkaitan pengurusan halal di Negeri Selangor, BPH JAIS telah mewujudkan satu laman web bernama βPortal Halal Selangorβ yang akan dijadikan laman web rasmi di bawah kendalian BPH JAIS. Melalui laman web ini, BPH JAIS dapat membuat perkongsian berkenaan program- program halal yang telah ataupun yang akan dijalankan serta info β info penting berkaitan halal.

Justeru itu, bengkel ini diadakan bertujuan untuk memastikan pengurusan Portal Halal Selangor dapat dilaksanakan secara sistematik dan berpusat. Dengan adanya latihan formal, penyelarasan kerja dapat diwujudkan melalui amalan standard operasi yang seragam, sekali gus memastikan portal sentiasa berfungsi dengan teratur dan memenuhi keperluan penyampaian maklumat halal di Negeri Selangor secara berterusan.

Selamat Datang ke Chatbot Halal Selangor JAIS